Kelas E-Learning – Matematik (Minus)

15 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2024, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning – Matematik (Minus) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diterangkan dengan cara yang pantas untuk mengira soalan Matematik operasi tolak. Semua para pelajar menyertai kuiz Matematik dengan menggunakan Kahoot selepas mereka memahami cara yang pantas untuk mengira soalan Matematik operasi tolak Di samping itu, tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan ilmu ICT mereka serta meningkatkan tahap konsentrasi mereka.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali